Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada
dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan
sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita
sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.
Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.
Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan
suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’,’angkat
kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti
‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’.
Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut
sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour
yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki
marah pula dan berkata ‘gurau pun tak boleh.’
Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan
meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi
pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.
Cakap besar
Sikap lelaki yang suka ’syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah
dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang
paling baik.
Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat
dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat
diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut
dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.
Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui
kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan
diri.
Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam
membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan
terabai.
Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang
senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab
membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara
yang disebutkan itu.
Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan
sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan
sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan
untuknya.
Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam
soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.
Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah
yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’
terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.
Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak
disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih
sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si
Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk
dirinya. Semoga berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan