Assalamua'laikum & selamat malam semua...
Bertemu lagi kita pada kali bersama satu tajuk yang amat saya minati. Sebenarnya kata-kata ini diluahkan oleh seorang teman yang baru saja saya kenali ketika itu. Usia perkenalan kami ketika itu baru berusia sebulan namun kepetahan dia berkata-kata membuatkan kami menjadi akrab seolah-olah telah lama berkenalan. Pada suatu hari kami keluar untuk makan tengah hari di Zaeman Nasi Kukus. Ketika menikmati makan tengah hari saya telah menyuarakan luahan hati saya mengenai jodoh yang masih belum tiba.
Ayu : hurmmmm....bila lah jodoh aku nak sampai nie yea? Kawan-kawan sekolah aku pon ada yang dah ada anak walaupun menuntut di IPT macam kita jugak.
Mimi : Aku faham apa yang kau rasa Ayu tapi aku ada satu nasihat untuk kau... Percayalah bahawa jodoh itu rahsia Allah dan percayalah pada perancangan Allah s.w.t.
Kerana nasihat itulah aku terus berpegang pada prinsip bahawa jodoh itu rahsia Allah s.wt. So kalau ada kawan-kawan di luar sana yang merasa bahawa jodoh masih belum tiba, jangan susah hati tetapi percayalah bahawa jodoh kita telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
#moral of story is jangan risau jika jodoh lambat tiba sehingga menjadi stress okeyhhh...kita happy-happy jerrrk...
Okeyhh lah semua Ayu mohon berundur diri dulu. Mengantuk sudah lorhh. Nunite everyone..muahxxx....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan