Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak
berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada
si suami yang sedang bekerja di site.
Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang
perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah
berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di
depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah
habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama
petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang
dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi”.
#moral of the story is siasat betul-betul sesuatu perkara sebelum menyerang...hehehe#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan