Jumaat, 13 November 2015

Salah silah keturunan nik,wan,che,tuan,tengku

Assakamua'laikum w.b.t & selamat petang semua! 
Hari ini akak nak berkongsi sedikit info mengenai salah silah keturunan NIK,WAN,CHE,TUAN dan TENGKU. Akak sendiri berketurunan Nik dan Wan. 
Keturunan Nik, Wan. Tuan, Che, Tengku ( Kelantan, Pattani, Terengganu) berasal dari Syed Hussin Jamadil Kubra.
Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.
Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini ‘tersorok’ dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.
Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan.
Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.
Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.
Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput).
Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.
Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.
Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.
RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu. Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.
Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.
Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.
Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak.
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawatdan ahli-ahli kaji sejarah.Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.
Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.
Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.
Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.
(Brikut petikan dari: http://pkrjk.blogspot.com/…/sejarah-kerabat-raja-jembal-kel…)
JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH
Pengenalan
Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.
Sejarah Awal Kelantan
Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’. Kelantan Abad Ke 15
Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur. Kelahiran Cik Siti Wan Kembang
Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin.
Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.
Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.
Asal-usul Kerajaan Jembal
Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.
Pertabalan Raja Sakti
Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
Raja Adiluddin (Raja Loyar)
Raja Bahar (Raja Udang)
Raja Omar (Raja Ekok)
Raja Sungai
Puteri Sayu Bari
Puteri Unang Melor
Puteri Cempaka Bongsu
Kelantan Di Bawah Raja Loyar
Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
Raja Omar sebagai Raja Muda.
Raja Sungai sebagai Temenggong.
Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.
Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah
Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
Namun pinangan itu ditolak.
Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota, sekarang).
Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.
Peperangan Dengan Angkatan Siam
Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
Angkatan Siam mara pula ke Melor.
Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.
Kemangkatan Raja Loyar
Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar
Puteri Saadong Berangkat Pulang
Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
Satu pertengkaran telah berlaku.
Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim
Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
Kemangkatan Raja Abdul Rahim
Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
Baginda mangkat di situ.
Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar
Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.
Kedatangan Anak Raja Pattani
Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
Mereka ialah;
Tuan Sulong (Long Sulong)
Tuan Senik (Long Senik)
Tuan Besar (Long Bahar)
Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.
Sultan Omar Mangkat
Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
Baginda mangkat pada tahun 1721
Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.
Raja Kecil Sulong
Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.
Peranan Raja Pah
Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.
Jembal Hari Ini
Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
Suasana itu kekal hingga ke hari ini.
Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal
Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.
*Penulis telah memberi izin dan ehsannya untuk mempaparkan hasil penyelidikan dan pengkajiannya ini dengan (peringatan) bahawa isi kandungannya adalah tanpa prejudis dan prasangka.
Teringat kenangan semasa tinggal bersama family,tiap kali minum petang,ayah pasti akan bercerita tentang salah silah keturunan kami. Yang pastinya akak akan dengar dengan penuh teruja walaupun dah berkali-kali dengar.
Sampai ketemu lagi kita di perkongsian yang lain...daaaaa



Isnin, 22 Jun 2015

Perigi Mencari Timba

Assalamua'laikum and selamat malam semua :)

Apa khabar semua? Dah nak usang blog Ayu nie. Kesibukkan mengulangkaji berikutan final exam yang semakin mendekat.  Hehehe. Back to the title of entry. Ayu terlintas untuk menulis mengenai tajuk PERIGI MENCARI TIMBA kerana tajuk ini hangat diperkatakan sekarang. Saat terfikirkan tajuk nie, terlintas di fikiran Ayu mengenai perbualan bersama seorang senior yang sangat Ayu hormati dan kagumi.Dia pernah menasihati Ayu untuk lupakan istilah perigi mencari timba untuk konteks zaman sekarang. “Sudi tak awak kawin dengan saya”? Ini adalah ungkapan yang selalu dituturkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. Tiada yang ganjil bukan. Bagaimana pula jika ia dituturkan oleh seorang wanita kepada seorang lelaki. Dalam konteks kehidupan masyarakat kita sekarang, wanita tersebut pasti digelar “perigi mencari timba” kan?Andai anda seorang wanita yang sangat menyukai seorang lelaki, dan anda merasakan bahawa lelaki itu mampu menjamin kehidupan dan kebahagiaan anda kelak, tetapi anda takut atau kuatir untuk memulakan langkah pertama kerana risau digelar perigi mencari timba. Walhal, anda memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan kerana ianya dituntut dalam Islam.

Tekanan
Istilah perigi mencari timba ini sebenarnya secara tidak langsung memberi tekanan kepada wanita-wanita yang agak berusia atau bekerjaya untuk mempunyai pasangan hidup. Mereka merasa malu untuk memulakan langkah pertama dalam menyatakan isi hati mereka kepada seseorang. Hal ini secara tidak langsung mendorong golongan ini untuk memilih menjadi anak dara sehingga ke akhirnya atau menjadi isteri muda. Relevankan istilah perigi mencari timba ini kerana setiap manusia tidak kiralah lelaki atau perempuan mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang disukai atau disayanginya….

Drama/Filem
Selalu juga ditonjolkan dalam drama-drama atau filem-filem tentang persahabatan 2 sahabat karib, lelaki ( kita gelar dia sebagai A ) dan wanita ( kita gelar dia sebagai B ). Dalam perhubungan tersebut, A menganggap B adalah teman terbaiknya. Segala-galanya dikongsikan bersama B walaupun tentang perasaannya terhadap wanita lain. Tapi, lain pula halnya bagi B. Keakraban yang dibina sejak sekian lama telah memutikkan rasa cinta dihatinya terhadap A. Mahu bersikap jujur dan menyatakan isi hatinya terhadap B, terasa malu pula. Bimbang digelar perigi cari timba. Akhirnya B melepaskan A kepada wanita lain. Tanpa diketahuinya, A juga menyimpan satu rahsia dalam dirinya bahawa dia sebenarnya mencintai B. Berakhir kisah cinta rahsia antara dua hati ini.

Mentaliti
Mentaliti orang kita terhadap hal ini sebenarnya tidak membantu dalam membina sebuah komuniti yang normal. Sifat malu perlu ada pada setiap wanita, tetapi tiada yang salah tentang menyatakan jika kita menyukai seseorang itu. Asal jangan melebih-lebih sehingga menjatuhkan maruah sendiri sahaja sudah.

Rumusan
Jadi wanita-wanita di luar sana, fikirkan dalam-dalam samada anda sanggup melepaskan seseorang yang anda cintai semata-mata risau digelar perigi mencari timba. Ia hanyalah istilah. Tiada yang menjilidkan di dalam undang-undang bahawa sekiranya kita menyatakan rasa hati kita kepada seorang lelaki, kita dianggap “muka tidak tahu malu”. Tiada salahnya mencuba. Penolakan itu biasa, tapi penyesalan sekiranya tidak menyatakan isi hati adalah yang paling memeritkan… Malu tapi mahu, bukankah begitu?? =)..
~semoga kita bertemu lagi di lain penulisan~
Hukum lelaki berambut panjang 
Fatwa Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani Rahimahullah

Seorang dari kalangan penuntut ilmu bertanya : Kebanyakan dari para pelajar sekolah bertanya-tanya, tentang hukum meninggalkan (memanjangkan) rambut kepala dan hukum membotakkannya. Permasalahan ini menjadi kabur bagi mereka ; antara apa yang diperintahkan dan ditekankan oleh (peraturan) sekolah kepada mereka, berupa kewajipan membotak rambut kepala atau mencukur terlalu pendek , dan antara apa yang mereka lihat pada sebahagian guru-guru yang konsisten dalam beragama, - kita tidak mensucikan diri seseorang melebihi tazkiah Allah membiarkan rambut kepala mereka (hingga panjang), tanpa dipotong. Guru-guru tersebut selalu membersihkan dan menyisirnya. Mereka sudah terbiasa membiarkannya (panjang). Maka saya mengatakan (penulis makalah), - dengan memohon pertolongan kepada Allah - : Sesungguhnya memanjangkan rambut adalah sunnah. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad rahimahullah taala - : memanjangkan rambut itu adalah sunnah, seandainya kita mampu pasti kita sudah memanjangkannya. Akan tetapi hal ini memerlukan beban usaha dan perhatian. Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya (Zadul Maad) berkata: Rasulullah tidak diketahui membotakkan kepalanya , kecuali di dalam ibadah (haji dan umrah). Sesungguhnya sudah datang hadits-hadits shohih yang menerangkan akan sifat (model) rambut Rasulullah Alaihi as-sholatu was-sallam - . Di dalam kitab (Al-Mughni), dikatakan; Dan rambut manusia itu disukai seperti model rambut Nabi Sholallahu alaihi wa sallam - , apabila panjang sampai ke bahu, dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya. Kalau dipanjangkan tidak apa-apa. Imam Ahmad telah menyatakan seperti itu. Saya mengatakan (penulis makalah) : sesungguhnya memanjangkan rambut itu mesti mempunyai beberapa hal yang mesti diperhatikan, di antaranya : 1.Ikhlas kerana Allah Taala, dan mengikuti petunjuk Rasul, supaya mendapatkan balasan dan pahala. 2.Dalam memanjangkan rambut tersebut, hendaklah tidak menyerupai wanita, sehingga dia melakukan apa yang dilakukan wanita terhadap rambutnya, dari jenis dandanan yang khusus bagi wanita. 3.Dia tidak bermaksud untuk menyerupai ahli kitab ( kristian dan yahudi), atau penyembah berhala, atau orang-orang yang bermaksiat daripada kalangan muslimin seperti seniman-seniman dan ertis (panyanyi dan pelakon filem), atau orang-orang yang mengikuti langkah mereka, seperti bintang olahraga, dalam model potongan rambut mereka serta dandanannya. 4.Membersihkan rambut,dan menyisirnya sekali dua hari. Dianjurkan memakai minyak dan wangi-wangian serta membelahnya dari pertengahan kepala. Apabila rambutnya panjang dia menjadikannya bertocang. Adapun botak, Syeikh Ibnu Taimiyah telah membahas secara terperinci. Dia membagi perbahasannya menjadi empat bahagian. Ringkasan perbahasannya (secara bebas ) : Apabila botak itu kerana melaksanakan haji, umrah, atau untuk keperluan seperti berubat, maka hal ini sudah konsisten dan disyariatkan, berdasarkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Sunnah, bahkan tidak ada keraguan dalam pembolehannya. Adapun selain itu, maka hal tersebut tidak akan keluar dari salah satu, daripada dua permasalahan : Pertama: Dia membotakkannya berdasarkan (beranggapan botak itu) adalah ibadah, (cermin) keagamaan, atau kezuhudan, bukan kerana haji atau umrah. Seperti orang menjadikannya botak itu sebagai simbol dari ahli ibadah (orang yang banyak ibadahnya) dan ahli agama. Atau dia menjadikannya sebagai simbol kesempurnaan zuhud dan ibadah. Maka dalam hal ini, Syeikh Islam telah berkata: Membotak kepala adalah bid’ah yang tidak pernah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan bukan pula hal yang wajib atau disukai oleh seorang pun dari pemimpin-pemimpin agama. Tidak pernah diperbuat oleh salah seorang dari shohabat-shohabat dan pengikut mereka dengan baik. Juga tidak pernah dilakukan oleh syeikh-syeikh kaum muslimin yang terkenal dengan kezuhudan dan ibadah; baik (mereka) itu dari kalangan shohabat, tabiin, dan tabi tabiin serta orang-orang sesudah mereka. Kedua: Dia membotakkan kepala bukan pada saat ibadah haji atau umrah, dan bukan kerana keperluan ( berubat ), serta bukan juga atas dasar mendekatkan ( diri kepada Allah ) dan ritual, dalam masalah ini ulama mempunyai dua pendapat : Pendapat yang pertama: Karahiyah (dibenci). Pendapat ini adalah mazhab Malik, dan lainnya. Juga salah satu riwayat dari Ahmad. Beliau berkata : Mereka ( ulama ) membenci hal itu ( botak tanpa sebab ). Hujjah orang yang berpendapat dengan pendapat ini adalah bahawa membotakkan kepala adalah syiar (simbol ) Ahli bid’ah ( khawarij ). Kerana khawarij membotakkan kepala mereka. Sungguh Nabi shollallahu alaihi wa sallam telah bersabda tentang mereka : Ciri-ciri mereka adalah botak . Sebagaimana sebahagian orang khawarij menganggap botak kepala itu merupakan bahagian dari kesempurnaan taubat dan ibadah. Di dalam kitab shohih al-Bukhori dan Muslim disebutkan : sesungguhnya tatkala Nabi - shollallahu alaihi wa sallam membahagi (harta rampasan perang ) pada tahun fath ( pembebasan Mekah ), dia didatangi seorang lelaki yang janggutnya lebat lagi ( kepalanya ) botak. Di dalam musnad Imam Ahmad diriwayatkan dari Nabi Shollallahu alaihi wa sallam Bukan dari golongan kami orang yang membotak kepala . Ibnu Abbas berkata : Orang membotakkan kepalanya di seluruh negeri adalah syaitan . Pendapat yang kedua: Mubah ( dibolehkan membotakkan kepala ). Pendapat ini terkenal di kalangan pengikut Abu Hanifah dan Syafii. Juga merupakan riwayat dari Ahmad. Dalil mereka adalah, apa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasai, dengan sanad yang shohih sebagaimana yang dikatakan oleh pengarang kitab Al- Muntaqo dari Ibnu Umar, sesungguhnya Nabi shollallahu alaihi wa sallam melihat seorang anak ( bayi ) sebahagian kepalanya sudah dibotakkan dan sebahagian yang lain ditanggalkan ( tidak dibotak ), maka dia melarang dari perbuatan tersebut, lantas bersabda Cukurlah keseluruhannya ( botak merata ) atau biarkan keseluruhannya ( tidak dicukur sama sekali ). Dan ( juga ) dihadapkan kepada beliau shollallahu alaihi wa sallam anak-anak yang kecil setelah tiga ( hari dari kelahirannya pent ) lalu membotakkan kepala mereka. Dan kerana dia shollallahu alaihi wa sallam melarang dari Qaza. Qaza itu adalah membotakkan sebahagian ( kepala ). Maka hal ini menunjukkan bolehnya membotak secara keseluruhan. Al-Syaukani rahimahullah berkata di dalam kitab Nail al-Authoor di waktu dia berbicara tentang hadits yang dicantumkan oleh pengarang Al-Muntaqo tadi : Di dalam hadits tadi terdapat dalil bolehnya membotakkan kepala secara keseluruhannya. Al-Ghazali berkata, Tidak apa-apa ( membotakkan kepala ) bagi siapa menginginkan kebersihan. Dan di dalam hadits itu ( juga ) terdapat bantahan kepada orang yang membencinya ( botak ). Di dalam kitab Al-mughni disebutkan : Hanbal berkata : Aku dan bapakku membotakkan kepala kami, semasa hidup Abu Abdillah ( Imam Ahmad ), lantas dia melihat kami dan tidak melarang kami. Ibnu Abdul Barri berkata : sungguh ulama telah sepakat (ijma) atas bolehnya botak dan ini cukup dijadikan sebagai hujjah. Saya mengatakan ( penulis makalah ) wabillahi at-taufiq - : pendapat yang kedua ini yang kuat bagiku, kerana keshohihan dan terang ( jelas ) riwayat-riwayatnya, wallahu alam. Adapun peraturan sekolah untuk melarang semua pelajar memanjangkan rambut kepala, maka peraturan ini hanya merupakan tindakkan menutup celah ( perantara kejelekan ) dan menolak kerosakkan. Hal itu disebabkan apa yang dilihat sekolah dari sekolompok pelajar -yang tidak sedikit- mereka memanjangkan rambut bukan kerana sunnah, tetapi kerana meniru dan mencotoh orang - orang popular dari kalangan seniman yang tidak tahu malu, serta bintang olahraga, baik dari kaum muslimin atau lainnya, dengan membentuk rambut kepala seperti model rambut orang-orang tersebut, sebagai ungkapan cinta dan kagum terhadap corak kehidupan mereka. Bahaya-bahaya pelajar yang mencontoh ini, tidak hanya sebatas diri mereka sendiri, malahan akan menjalar ke teman-teman mereka di sekolah. Kerana mereka terpengaruh oleh tingkah laku yang bongkak ini, sehingga menyebabkan hanyutnya jiwa-jiwa yang lemah dari para pelajar, terutama dari pantaran mereka. Apalagi pada umur ini, mereka dikalahkan dalam pergaulan, serta keinginan yang banyak. Juga kerana terlalu cepat terpengaruh, serta tergesa-gesa mengambil keputusan. Maka anda akan menemui seorang pelajar pada umur ini (masa ini ) lebih banyak terpengaruh oleh temannya di sekolah berbanding dari guru-gurunya atau orang tuanya sekalipun. Wallahu alam. Jawapan (komentar Syeikh Al-Albani terhadap makalah diatas). Segala puji bagi Allah dan sholawat dan salam atas Rasulullah, keluarganya, dan sahabat-sahabatnya, serta orang yang mengikuti petunjuknya. Amma badu : Sesungguhnya saya menyokong dengan sokongan yang kuat, akan nas (penyataan) yang disebutkan di penghujung fatwa ini (makalah di atas). Kerana pernyataan tersebut bersandarkan kepada kaedah syariyah yang penting, yaitu : menolak kerosakkan (kerugian ) sebelum ( lebih didahulukan dari pada ) mengambil kemashlahatan ( keuntungan ). Apalagi jika di sana tidak ada suatu mashlahat pun, kecuali mencontoh orang-orang kafir atau orang-orang fasiq . Sungguh Nabi shollallahu alaihi wa sallam telah bersabda dalam hadits yang shohih : Ertinya : barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia itu dari golongan mereka Dan terdapat hadits-hadits yang banyak yang semakna dengan hadits ini, di bermacam-macam bab ( sub perbahasan ) di dalam syariat Islam. Saya telah sebutkan di antaranya kira-kira 40 hadits di dalam kitab saya Hijabul- Mar-ah Muslimah ( Hijab Wanita Muslimah ) yang kemudiannya saya cetak dengan judul Jilbaabul Mar-ah Muslimah (Jilbab Wanita Muslimah). Oleh kerana itu saya selalu berfatwa bahawasanya tidak boleh bagi pemuda-pemuda dan para pelajar untuk membiarkan (memanjangkan) rambut kepala mereka. Tetapi mereka mesti membotak atau memendekkannya. Sebagaimana yang diperbuat kebanyakan muslimin. Wa billahit taufiq. Tidak ada lagi bagi seseorang pun, untuk mengatakan pada zaman sekarang, bahawa membotak itu hukumnya makruh. Kerana tidak ada dalilnya kecuali hal tersebut merupakan simbol kaum khawarij. Sedangkan mereka sekarang pun di antaranya Ibadhiyah tidak berpegang teguh lagi ( tidak mewajibkan ), sebatas yang saya ketahui. Apabila mereka ditemui pada suatu negeri berpegang teguh dengan simbol ini (botak), maka penduduk negeri itu wajib untuk menyelisihi mereka berdasarkan dalil di atas (larangan menyerupai suatu kaum)- . Apabila tidak ada, maka pada dasarnya (hukum botak itu) boleh. Sesuai dengan hadits Ibnu Umar yang dishohihkan di kitab Al-Muntaqa . Sebenarnya pengarang lupa bahawa hadits tersebut diriwayatkan juga oleh Muslim . Sebagaimana yang telah saya takhrij di kitab Al-Ahaadits As-Shohihah (1123). Adapun hadits : (laisa minna man halaq ), maka hadits ini potongan dari hadits Abu Musa Al-Asyary dengan lafal: (laisa minna man halaqa wa kaharaqa wa salaqa ) Ertinya: Bukanlah dari golongan kami orang yang membotak, merobek dan mengangkat suara. Demikianlah yang diriwayatkan oleh sekolompok imam-imam, di antaranya; Imam Ahmad di Musnadnya ( 4 / 411 ), dan demikian juga di Shohihain (Bukhari Muslim). Imam Bukhari mencantumkan satu judul bab di kitabnya As-Shohih dengan judul : Bab Larangan Membotak Kerana Ditimpa Musibah . Oleh kerana itu, maka hadits ini khusus terhadap orang membotak untuk menyatakan kesedihannya, sehubungan dengan kematian karib kerabatnya. Perbuatan ini mengandung protes (tidak redha ) terhadap keputusan Allah Taala dengan dalil perkataan beliau : ( wa Kharaqa ) merobek kain, dan juga perkataannya : (wa salaqa ) yakni ; mengangkat suara dalam meratapi mayat. Makna ini diperkuat lagi, sehubungan Abu Musa meriwayatkan hadits ini di waktu sakit ( yang menyebabkan ) kematiannya, seperti yang terdapat di Shohihain (Bukhari-Muslim). Hadits ini juga ditakhrij di kitab Al-Irwa ( no : 771 ) dan di kitab Ahkamul Janaaiz. Adapun perkataan Ibnu Abbas yang disebutkan di fatwa tadi, saya tidak menemui sanadnya. Saya tidak mengiranya shohih. Apabila shohih, perkataan itu diarahkan kepada ( perbuatan ) menyerupai Khawarij, sebagaimana yang telah berlalu ( hukum menyerupai khawarij, pent ). Adapun pendapat yang mengatakan memanjangkan rambut kepala itu (hukumnya) sunnah, maka tidak ada dalil yang bisa dijadikan hujjah. Hadits yang shohih dari Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam dalam hal itu (bahawa beliau memanjangkan rambut ), tidak cukup dijadikan sebagai dalil ( bahawa rambut panjang itu sunnah ). Sebab memanjangkan rambut itu merupakan adat kebiasaan. Sungguh sudah shohih juga hadits yang mengatakan, bahawa beliau shollallahu alaihi wa sallam masuk ke Makkah, sedangkan (di waktu itu ) dia mempunyai empat ghadair,seperti yang terdapat di dalam kitab saya Mukhtashor Syamail Muhammadiyah (35/23). Ghadair itu ertinya : rambut panjang dijalin atau bertocang. Menjalin rambut panjang itu, semata-mata adat kebiasaan orang Arab. Sebahagian mereka masih melakukannya di sebahagian padang pasir ( sebahagian orang Badwi ). Maka apakah dikatakan juga, mentocang rambut panjang itu sunnah ! Sungguh sama sekali tidak Oleh kerana itu, pada adat-adat kebiasaan seperti ini mesti ada dalil yang khusus memperkuat bahawasanya adat-adat kebiasaan itu adalah sunnah ibadah. Bagaimana, sedangkan Nabi shollallahu alaihi wa sallam sungguh telah menyamakan (hukumnya), antara membotak dan membiarkannya di dalam sabda beliau : Uhluquuhu kullahu au dzaruuhu kullahu Ertinya : Botakkanlah seluruhnya atau biarkan seluruhnya. Bahkan beliau membotak kepala tiga anak kecil setelah tiga ( hari ), seperti yang disebutkan di fatwa tadi ( makalah di atas ). Pernyataan tersebut merupakan hadits shohih juga, saya telah mentakhrijnya di kitab saya Ahkamul Janaaiz Wa bidauha hal : 166. Oleh kerana itu tidak ada bagi seorang pun dari kalangan pemuda yang ditimpa penyakit suka menyerupai ( mencontoh ) orang-orang kafir dan fasiq, pada rambut mereka, untuk bertopengkan sunnah. Sesungguhnya hal tersebut adalah sunnah adat kebiasaan, bukan sunnah ibadah. Apalagi kebanyakan dari mereka tidak mencontoh Nabi shollallahu alaihi wa sallam pada apa yang diwajibkan kepada mereka, seperti menggunting misai dan memelihara janggut. Ertinya : Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya (Suart : 50, ayat : 37 ). 
Assalamua'laikum dan selamat malam semua :)
Rindunya kat blog Ayu nie. Dah lama tak update sampai bersarang dah nie haaa. Ngeeeee. Study week,final exam and now cuti semester. Memang terbiar lah blog nie. Sekarang masih di awal Ramadhan kan so Ayu nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ummat Islam. Semoga dibeeikan kesihatan dan kekuatan untuk menjalaninya. Amin. Jumpa lagi jika ada kelapangan. Tata..

Ahad, 2 November 2014

Anak Pengikat Kasih

assalamua'laikum warga blog sekalian,
     
Rindu rasa kat blog nie since dah lama tak menjengahnya :p hello november!! hari nie ayu mendapat perkhabaran gembira dari kawan lama masa kat Smk Syed Mohamed Al-Bukhary. one of my classmate yang melangsungkan perkahwinan dia bersama pasangan last year dah pun dikurniakan cahaya mata yang pertama. kegembiraan jelas terpancar diwajah dia dan suaminya saat menyambut kehadiran tanda cinta mereka yang sulong. doa dari kami semua sebagai sahabatmu, semoga bayi ini akan menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati mummy and daddy nya. 

Khamis, 8 Mei 2014

Program Together We Spread Love di Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim(YAATIM) Kelantan

Assalamua'laikum and good day!!
Hari ini Ayu nak share berkaitan program yang telah Ayu dan rakan-rakan sepasukan jalankan. Ianya adalah sebahagian dari progam khidmat masyarakat yang dituntut terhadap semua mahasiswa. Pada 25 April 2014 bersamaan hari Jumaat dengan kekuatan tenaga sebanyak 10 orang siswa siswi UMK telah berangkat ke Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim (Yaatim) Kelantan. Tekad kami adalah untuk membahagiakan anak-anak di situ. Kami ada upload video di youtube..sudi-sudikanlah untuk view,like and leave your comment...thanks...

















Khamis, 10 April 2014

First Time Travel To Thailand

Assslamua'laikum & selamat tengah malam semua..
Dah tengah malam tapi Ayu still berjaga. Punya la teruja untuk ke Thailand esok sampaikan Ayu tak boleh tidur. Hehehe. Kali pertama melawat negara orang tanpa keluarga membuahkan pelbagai perasaan di hati Ayu. Ayu akan Thailand selama beberapa hari di atas tiket melawat Universiti di Thailand. Shopping dan pengalaman adalah dua perkara yang Ayu share dengan semua apabila balik nanti. Tunggu update story Ayu kat Thailand and semestinya gambar-gambar Ayu kat sana nanti. Tatatititutu.......