Assalamua'laikum and good day everyone..
24 Disember 2013-outing2..
Depart from Pengkalan Chepa-Wakaf Baru-Machang -Pasir Puteh-Bukit Keluang (Besut)-Tok Bali Bay-Pantai Sabak-Pengkalan Chepa Airport....
Seharian berjalan membuatkan Ayu keletihan yang amat sangat. Apa-apa pun terbaikkkk. Ayu dan Adzhan lead the journey tapi kami sendiri pon tawakal ja mencari jalan tapi alhamdulillah jumpa jugak jalan. Adzhan adalah captain terbaik..hehehe..Lebiu lorhhh sayang. Nie adalah sebahagian dari picture kami. Yang selebihnya akan datang...HEHEHE...Tunggguuuuuuu
Rabu, 25 Disember 2013
Outing2 Sambil Belajar Drive With Cikgu Adzhan
Hari ini Ayu keluar jalan-jalan dengan Adzhan sambil belajar drive. Mula-mula kita orang keluar dengan kawan-kawan rumah Ayu pergi Mydin Kubang Kerian sebab barang dapur nak habis sudah. Lepas hantar kawan-kawan Ayu balik rumah ayu keluar dengan Adzhan. Kami pergi jalan-jalan ke Pantai Irama, Bachok. Makan ABC sambil menikmati angin laut. Seriously best sangat-sangat. Pada hari yang sama Ayu bagi hadiah birthday Adzhan yang ke-22. Alhamdulillah Adzhan terima hadiah Ayu yang tak seberapa itu.Hehehehe.....
Memancing Dengan Yang Tersayang
18 Disember 2013...
Adzhan....Sejak dari mula kenal sehingga lah sekarang dia memang suka buat ayu terkejut. Masa tengah chat tertiba Adzhan cakap 30 minit lagi tunggu dekat bawah kolej kediaman. Oh my!!!! Kelam kabut ayu bangun cari baju then iron baju pon tergesa-gesa. Siap semua terus mandi. Mandi pon dah jadi macam kerbau mandi ja. Semuanya gara-gara Cik Abang sorang nie. Haishhhh. Siap semua aku terus turun tunggu Adzhan kat depan gate kolej kediaman. Dia sampai ayu terus tanya dia nak pergi mana tertiba ja ajak ayu keluar. Dia cakap nak pergi umah kakak ipar dia tengok kakak ipar dia mencanting batik. Wokehhhh. Excited giler ayu bila nak pergi tengok batik. Sampai dekat area rumah akak dia tapi dia tak stop pon but terus pergi dekat halaman rumah dia. Pelik and risau sebab ayu pakai simple sangat. Malu nak jumpa family dia. Tapi rupa-rupanya dia nak jak pergi memancing dekat sawah jer. Hehehe. Sambil tunggu Adzhan amik umpan and prepared joran, ayu naik buai kat depan rumah dia dulu. Sambil layan perasaan ternampak la pulak buah manggis. Mak oiii banyak betul. Teringat kampung halaman tercinta.huhuhuhu. After that Ayu,Adzhan,Assyafiq and Nabil pergi memancing dekat sawah berdekatan rumah dia. Tengah best memancing tertiba Mr. Pacat memanjat kaki ayu. Darah banyak sangat keluar.Teruk betul Mr.Pacat nie.hurmmmm....Tapi sweet nya Adzhan bila dia tolong stop kan darah kat kaki Ayu..hehehe..thanks syg..
Final Exam Semakin Mendekat
Assalamua'laikum and selamat siang...macam dah lama ja ayu tak update blog nie.macam dah bersarang dah ayu tengok.kesibukan melanda diri menyebabkan lappy jarang disentuh.peperiksaan akhir untuk semester 3 bakal menjelang tiba tidak lama lagi.ayu dan kawan-kawan berdoa semoga apa yang dipelajari selama satu semester ini akan kami pergunakan semasa exam nanti..amin..jom study yukkk kawan-kawan...
Selasa, 17 Disember 2013
Sifat Dan Sikap Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki
Sifat Dan Sikap Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki
1) Materialistik
Bukanlah lelaki tak sanggup mengeluarkan wang untuk wanita yang disayangi.Tetapi wanita yang terlalu bergantung harap dan mahu lelaki yang menyediakan segalanya dianggap sebagai wanita yang tak pandai berdikari dan menjaga diri.
2) Queen Control
Biasalah,lelaki mana yang suka bila wanita yang mahu mengawal semuanya.Tak salah jika mengawal asalkan ada kompromi dan kewajarannya.
3) Terlalu Pasif
Kadangkala lelaki juga suka kalau wanita yang bertindak memulakan sesuatu. Wanita yang terlalu pasif dan hanya menunggu sesuatu dari lelaki seolah-olah wanita tersebut seorang yang keanak-anakan dan tidak yakin meluahkan keinginannya. Japi jangan pula ‘hyperactive’ macam isteri……….oppss :p
4) Suka Mengeluh Dan Membebel
Lelaki mana pun sukar menahan bila sepanjang pertemuan wanita asyik membebel dan mengeluh, dari hal pekerjaan, teman-teman dan hal-hal dirumah, ada saja yang tak kena padanya. Ia kadang-kadang membuat lelaki mudah sekali naik bosan dan rimas.
5) Tidak Selesa Dengan Tubuh Sendiri
Kebanyakan wanita sering tidak puas hati dengan bentuk tubuh sendiri. Secantik mana pun tubuhnya, pertanyaan seperti, ”saya tambah gemuk tak?” atau ”kulit saya nampak gelap kan?” selalu membuat lelaki bosan dan merasa jengkel. jangan ingat lelaki diam dia suka ya. Dalam hati siapa yang tahu kan?
6) Berhias Dan Berdandan Berlebihan
Rata-rata lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki kecantikan natural berbanding dengan wanita yang suka berhias dan berdandan berlebihan.Lelaki boleh naik jengkel jika wanita selalu lambat ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana mengambil masa terlalu lama mendandan diri.
7) Bercerita Tentang Lelaki Lain
Memang bertentangan sekali dengan sisi ego lelaki apabila mendengar wanita bercerita mengenai lelaki lain di depannya. Apalagi jika apa yang diceritakan itu berupa puji-pujian dan kekaguman.
8) Terlalu Gedik
Memang tidak dinafikan mebanyakan perempuan ada sifat gedik dari pelbagai aspek. Tapi sifat terlalu gedik ini sangat menjengkelkan kaum lelaki terutamanya ketidak di khalayak ramai. Kalau setakat nak gedik sikit-sikit tu ok lah lagi, tapi kalau dah obvious sangat memang meluat. Actually Dr Fuh memang tak suka pompuan yang gedik-gedik ni, kalau dah kawin tu lain la nak bergedik kat rumah sendiri, ni belum kawin dah tergedik-gedik. Meluat! :p
Isnin, 16 Disember 2013
Salji Tutun Di Kaherah
Subhanallah ! Salji Turun di Kaherah Selepas 112 Tahun – Salji turun selepas beratus-ratus tahun Kaherah tidak dibanjiri salji. Ini yang dikatakan tanda-tanda akhir zaman. Jom tengok gambar-gambar kaherah diturun salji.
Wallahuallam. Now aku rasa macam nak call abang tiri,kakak sepupu dan kawan aku yang menuntut ilmu di Bumi Mesir untuk bertanyakan keadaan mereka.
Wallahuallam. Now aku rasa macam nak call abang tiri,kakak sepupu dan kawan aku yang menuntut ilmu di Bumi Mesir untuk bertanyakan keadaan mereka.
Rahsia Kasih Sayang Pasangan Mengikut Bulan Kelahiran
JANUARI
· Mudah jatuh cinta
· Mudah melupakan perasaan cinta terhadap org yang dicintai sekiranya dikhianati
· Sukar setia
· Pandai mengambil hati tp mudah melukai pasangan.
· Selalu berdiam diri ketika bertemu dgn pasangannya.
· Bersikap romantik tetapi tdk pndai menunjuk
· Sikap cemburu tinggi terhadap pasangan
· Bakal jd bapa atau ibu yg penyayang
FEBRUARI
· Sukar jatuh cinta tp mudah utk dikhianati
· Hormat pd pasangan
· Suka memikat pasangan
· Jujur dan berterus terang dlm perhubungan
· Sentiasa nekad utk bersama dengan pasangannya
· Sngat romantik
· Selalu menjaga hati pasangan
· Amat menjaga penampilan
MAC
· Mudah menawan hati pasangan
· Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
· Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
· Sangat baik dlm perhubungan
· Amat sukar melupakan pasangan yg dicintai
· Perasaan cemburu yg minimum
· Sgt manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
· Mudah memilih pasangan tanpa berfikiran waras
· Sentiasa mengharapkan keistimewaan drp pasangan
· Berprasangka terhadap pasangan
APRIL
· Memendam perasaan
· Malu meluahkan isi hati
· Ingin diberi perhatian
· Cemburu dlm perhubungan
· Kesetiaan teguh dalam perhubungan
· Emosi cepat terusik dan mudah terluka
· Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
· Romantik
· Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
· Sukar berlaku curang
· Kebanyakan org yg lahir dlm bulan ini blh dianggap “hamba cinta” spt Laila, Juliet, Siti Zulaikha
MEI
· Mudah jatuh cinta
· Jujur dlm perhubungan
· Pandai menarik hati pasangan
· Perasaan cinta mendalam
· Mudah dipujuk
· Mudah menerima cinta
· Pilihan yg tepat dalam pasangan
· Nekad utk menjaga hubungan yg baik
· Bukan queen control/king control
· Suka mengangankan sesuatu yg indah bersama pasangan
· Sentiasa dahagakan kasih sayang
· Ambil berat dlm menjaga perhubungan
JUN
· Pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
· Sukar melukai dan memahami hati pasangan
· Mudah jatuh hati terlalu memilih
· Cerewet dlm perhubungan
· Selalu beremosi
· Mudah merajuk dan mudah dipujuk
· Cepat rasa bosan dlm percintaan
· Kurang yakin dlm perhubungan
· Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan org
· Bakal menjadi ibu yg baik
· Dahagakan pujian drp pasangan
JULAI
· Suka didampingi pasangan
· Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
· Mudah dipujuk dan berterus terang
· Menghargai kesetiaan pasangan
· Mengambil berat dan mengasihi pasangan
· Suka merajuk dan dipujuk
· Setia terhadap pasangan
· Suka mendengar dan tidak suka membantah
· Cemburu terhadap pasangan
OGOS
· Tidak serius dalam perhubungan
· Mengambil mudah dlm perhubungan
· Kesetiaan diragui
· Pandai memujuk pasangan
· Suka memimpin pasangan
· Romantic, pengasih dan penyayang
· Kelam kabut dlm perhubungan
· Sering bertukar pasangan
· Sukar mencari pilihan yg tepat
· Sngat sensitive dan cemburu tahap maksimum
· Mudah meluahkan kata cinta terhadap sesiapa yg berkenaan
SEPTEMBER
· Bersopan santun dlm perhubungan
· Bertolak ansur dlm pasangan
· Suka mengkritik pasangan
· Sangat prihatin terhadap pasangan
· Sangat sensitive dan emosi
· Pandai memahami pasangan
· Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
· Amat memilih pasangan
· Sukar melupakan sekiranya hati terluka
· Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan
OKTOBER
· Suka berkomunikasi dengan pasangan
· Sopan terhadap pasangan
· Jujur dan jarang berpura-pura
· Mudah terluka hati
· Sukar menerima pandangan pasangan
· Emosi yg mudah terusik
· Pengasih dan penyayang terhadap pasangan
· Terlalu cemburu
· Romantik
· Memahami pasangan
NOVEMBER
· Banyak helah
· Cermat dan teliti dlm perhubungan
· Amat berahsia
· Degil
· Tidak suka dikongkong
· Mudah ambil berat
· Tidak menghargai perhubungan
· Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
· Kurang menghargai pasangan dan hal-hal cinta
· Kurang bersama dengan pasangan
DISEMBER
· Pemurah terhadap pasangan
· Mudah jatuh cinta dlm masa yg sama
· Tergesa-gesa dalam perhubungan
· Suka didampingi oleh pasangan
· Benci dikongkong
· Berbakat utk kahwin lebih dr satu ( utk lelaki )
· Suka mempengaruhi pasangan
· Curang dalam percintaan
· Kurang bekerjasama dlm pasangan
· Selalu cuba utk mencari pasangan baru
· Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
Hati Mu Bukan Buatku Tapi Dia, Sahabatku Sendiri
Assalamua'laikum and good day everyone!!
Today we meet again. Speaking London pulak aku kali ini. Hahahaha. Sekali sekala apa salahnya kan tapi kalau dua kali dua kala apa cer pulak. Hehehe. Tajuk entry aku kali ini bunyinya agak pelikkan tapi itu adalah kisah benar dan ianya memang etrjadi kepada aku. Hari ini aku ingin berkongsi dengan semua tentang apa yang terjadi. Sadis memang sadis. Berhari-hari aku menangis dalam tidur. Huhuhu. Tanpa membuang masa mengarut lebih baik aku mulakan cerita sedih aku ini. Macam ini ceritanya......Cerita aku bermula dari sebuah perkenalan dengan seorang jejaka di Wechat. Aku namakan dia sebagai M.S.A. Kali pertama aku keluar dengan dia adalah atas alasan ingin meminjam external hard disk dia kerana aku nak copy cerita KL Gangster 2. Oooopss!! peminat cerita cetak rompak pulak aku. Kantoi sudah. Hahahaha. Dia berusia 22 tahun dan baru 4 bulan memulakan kejaya dalam unit AIO di Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu sewaktu itu. Pada pertemuan pertama kami M.S.A terlupa untuk membawa external hard disk dia kerana tertinggal di IPD katanya. Karakter dia yang kelakar seringkali mencuit hati aku namun begitu aku hanya menganggap dia sebagai seorang abang dan rakan baikku. Entah mengapa dari hari ke hari aku semakin menyenangi kehadiran dia dalam hidup aku. Dia membuatkan aku terlupa sebentar kepada luka yang ditoreh oleh bekas teman lelakiku. M.S.A kerap kali mengajak aku keluar untuk menemani dia makan. Sehingga sekarang aku masih ingat kedai kegemaran dia and dia suka makan sate. Saat aku mengetahui bahawa dia sudah single hati aku disapa berbagai perasaan. Entah mengapa dia semakin menjauh dari aku. Persahabatan kami semakin rapuh. Setelah aku baca komen-komen dia di moment Wechat sahabat aku barulah aku sedar bahawa hatinya bukan buatku. Mungkin aku hanya peneman dan pendengar luahan hatinya tatkala dia kesunyian dan mungkin juga aku hanya seorang adik baginya. M.S.A saya nak awak tahu bahawa saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak besama dia yang merupakan sahabat baik saya sendiri sebagaimana awak pernah mendoakan kebahagiaan saya dengan Adzhan. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya dan menjadi seorang rakan yang baik.
Ahad, 15 Disember 2013
Cinta Jarak Jauh Yang Menyakitkan
Assalamua'laikum and good day guys.
Tajuk entry kali ini agak menyentap perasaan kan. hehehe. Bukan saja-saja nak jiwang tapi ini yang terlintas di fikiran aku saat ini. Aku berusia 21 tahun, pada usia semuda aku dan masih lagi menuntut di sebuah universiti awam aku pastinya tidak terlepas dari terjebak dalam permainan perasaan. Cinta aku yang disemai sejak zaman sekolah telah tercelar tatkala aku dan si dia menuntut di IPTA yang berasingan. Berikutan jarak kami yang agak jauh dia telah membuka hatinya buat insan lain yang merupakan rakan sekelasnya. Di saat aku sedang menyiapkan senjata untuk memasuki dewan peperangan iaitu peperiksaan akhir bagi semester ini aku dikejutkan dengan cerita dia yang sedang berkasih dengan orang lain. Aku biarkan berita itu berlalu pergi. Aku menjarakkan hubungan aku dan dia kerana aku ingin melihat dia bahagia bersama orang yang tersayang.
Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur
Baru ku tahu..Seorang lelaki jika dia kesakitan,maka dia akan membenci.Sebaliknya,wanita,saat dia kesakitan,maka semakin bertambah sayang dan cintanya.Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga,Pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang rusuknya,hingga dia membenci Hawa.
Sebahagian Dari Hari Kiamat
Sebahagian dari hari kiamat ..
• Ayat Al quran akan hilang
• Kaabah akan menjadi timbunan tanah
• Sangka kala akan ditiup 2kali
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : " barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain , akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
p/s sekadar perkongsian bersama
• Ayat Al quran akan hilang
• Kaabah akan menjadi timbunan tanah
• Sangka kala akan ditiup 2kali
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : " barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain , akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
p/s sekadar perkongsian bersama
Banjir Di UMK
UMK Kampus Kota dilanda banjir!!! Oh my!!! Maybe bagi junior-junior aku ini adalah sesuatu yang baru. Tetapi bagi aku yang dah semester tiga ini menganggap perkara ini adalah benda yang biasa. Tapi still tak lepaskan peluang bermain air dan bergambar. Snap sana sanap sini. Hahaha. Then send picture banjir kat group Wechat family aku. Gatal sangat send picture banjir kan dah kena marah dengan family. Huhuhu. Musim tengkujuh adalah musim Sunway Lagoon bagi kami pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan.
Sabtu, 14 Disember 2013
selamat pagi dunia
assalamua'laikum and a very good morning world. haaaa...awal tak ayu bangun? awal kan. hari ini ayu kena buat presentation sebab itu bangun awal. jom mulakan hari kita dengan senyuman. tiada saat yang lebih indah selain melihat senyuman di wajahmu sayang.
Jumaat, 13 Disember 2013
Resepi Utara
Bahan-bahan ( family )
- 4 ekor ikan
- 7 tangkai cili kering
- 1/2 labu bwg besar
- 1 ulas bwng putih
- daun kesum
- 2 kuntum bunga kantan
- 2 keping asam keping
- sedikit belacan
- garam secukup rasa
- 4 gelas air
- 2 batang serai
Cara-cara
- blender cili kering,bwng besar,bwng putih n belacan sampai hancur.
- masukkan air dlm periuk n bhn yg di blender td bersama daun kesum,serai n bunga kantan yg dah siap dibelah 2.
- rebus hingga air sedikit didih.
- bila dah didih masukkan ikan n asam keping tadi.
- last skali msukkan garam n kacau sekali lalu.
Memasak ikhlas dari hati buat yang tersayang
Antara menu khas buat yang tersayang si Bintang :)
1) Tom Yam Campur
2) Sambal Petai and Ikan Bilis
3) Sambal Sosej
4) Sambal Belacan
yummmmmyy...
1) Tom Yam Campur
2) Sambal Petai and Ikan Bilis
3) Sambal Sosej
4) Sambal Belacan
yummmmmyy...
Jalan-jalan dengan yang tersayang
Si Bintang pergi Putrajaya selama beberapa hari. Now dia dah balik. Tertiba ja dia call and ajak keluar. Dia cakap "pukul 2 petang B sampai,". Aku tengok jam, Oh My!!! ada dua puluh minit ja untuk aku siap. Okey...lari pergi iron baju then mandi. Bintang nie suka kan buat aku terkejar-kejar masa macam ini. haishhhh..sabor ja la demi yang tersayang. nie picture kami berjalan seharian.hehehe..
Budak skema!!! Outing pakai metric card..hahaha
Budak skema!!! Outing pakai metric card..hahaha
Langgan:
Catatan (Atom)



















.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)

























