Tajuk entry kali ini agak menyentap perasaan kan. hehehe. Bukan saja-saja nak jiwang tapi ini yang terlintas di fikiran aku saat ini. Aku berusia 21 tahun, pada usia semuda aku dan masih lagi menuntut di sebuah universiti awam aku pastinya tidak terlepas dari terjebak dalam permainan perasaan. Cinta aku yang disemai sejak zaman sekolah telah tercelar tatkala aku dan si dia menuntut di IPTA yang berasingan. Berikutan jarak kami yang agak jauh dia telah membuka hatinya buat insan lain yang merupakan rakan sekelasnya. Di saat aku sedang menyiapkan senjata untuk memasuki dewan peperangan iaitu peperiksaan akhir bagi semester ini aku dikejutkan dengan cerita dia yang sedang berkasih dengan orang lain. Aku biarkan berita itu berlalu pergi. Aku menjarakkan hubungan aku dan dia kerana aku ingin melihat dia bahagia bersama orang yang tersayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan