Isnin, 31 Mac 2014

Corat-coret

Assalamua'laikum and good day!!!
Hye uollzz...apa khabar? Dah nak bersarang blog kesayangan Ayu ini sebab dah lama tak ada update apa-apa. Hehehe. Kesibukkan dengan kuliah serta kelab-kelab yang Ayu join membuatkan Ayu terlupa pada dunia siber sebentar. Kerinduan untuk mencurahkan buah fikiran membuak-buak. In sya allah sehari dua lagi Ayu akan mencurahkan buah fikiran Ayu kat Bintang Hati. Okeyhhh lahhhh. Ayu nak siap-siap ke kelas pulak. Kelas pada waktu petang membosankan

Ahad, 30 Mac 2014

Teh tarik & roti canai

Assalamua'laikum and a very good morning.
   Jom mulakan hari kita semua dengan senyuman kerana dari senyuman hati kita akan menjadi ceria,riang and terasa lapang. Hari Isnin yang indah ini Ayu mulakan dengan kelas seawal jam 8.00 a.m. Haiyakkkk!!!! Mata masih lagi memberat saat ini namun pensyarah belum memunculkan diri. So, Ayu ambil peluang ini untuk menjengah ke bog kesayangan Ayu ini. Ayu sekadar ingin bertanya khabar sahabat-sahabat di sini. Okeyyhh.. Ayu minta diri dulu. Assalamua'laikum and semoga ceria selalu. Tatatititutu.......

Khamis, 27 Mac 2014

Kahwin Muda Bukan Perkara Yang Boleh Di Ambil Mudah!!!

Assalamua'laikum & selamat pagi semua!!!
Kita bertemu lagi pada kali ini. Di sini Ayu ingin kongsikan suatu tajuk yang menjadi isu remaja sekarang iaitu kahwin muda namun begitu ingin Ayu tegaskan bahawa kahwin muda bukanlah suatu yang mudah. Ia bukanlah perkara yang boleh di fikir secara sambil lewa. Baru-baru ini sahabat seperjuangan Ayu di kolej telah menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin dengan teman lelakinya pada usia yang masih muda ini. Ayu dan rakan-rakan agak terkejut dan cuba memberikan pendapat. Terdapat pelbagai pendapat mengenai kahwin muda berikutan isu ini agak panas diperkatakan sekarang. Di sini saya sertakan pandangan kahwin muda dari sudut pandangan Islam.
Bila sebut kahwin, semua mahu kahwin. Tiada yang terindah selain perkahwinan. Kenapa? Bila kahwin dengan cara halal, lelaki dan wanita memang sah halal untuk bersama terutama yang ingin dibelai dengan perasaan cinta dan kasih sayang dan ada yang inginkan perhubungan itu kekal sepanjang hayat. Ada juga yang ingin menjauhkan diri daripada maksiat atau jauhkan diri daripada terkandas dalam jurang penzinaan, ada yang yang ikut sunnah dan ingin berjuang atas dasar Islam. Ada juga kahwin paksa dan paling teruk, kahwin selepas berzina. Tapi kahwin itu satu perkara yang sememangnya digalakkan oleh para Nabi kita.
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.
Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. 

Firman Allah,
"Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan".
(Surah An-Nur : 32) 
Dalil pensyariatan dari Sunnah, Rasulullah bersabda
"Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya"
(H.R.Bukhari & Muslim)
Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya kepada 4 jenis hukum iaitu wajib, sunat, haram dan makruh.
Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.
Huraiannya adalah seperti berikut :-

Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.
~Alhamdulillah..kawan Ayu akhirnya berpaling dari keputusan untuk berkahwin semasa belajar. Kahwin indah tetapi tanggungjawab yang berat~

Selasa, 4 Mac 2014

Sweet 17 Punya Story

Assalamua'laikum & selamat pagi...
Ayu tak mengantuk pulak malam maybe sebab sejak balik kuliah tadi Ayu tidur sampai maghrib. Nasib baik Adzhan call kalau tak memang tak bangun dah Ayu.haha...Alang-alang tak boleh tidur jom baca kisah-kisah lucu.Enjoy!!!!

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!