Khamis, 27 Mac 2014

Kahwin Muda Bukan Perkara Yang Boleh Di Ambil Mudah!!!

Assalamua'laikum & selamat pagi semua!!!
Kita bertemu lagi pada kali ini. Di sini Ayu ingin kongsikan suatu tajuk yang menjadi isu remaja sekarang iaitu kahwin muda namun begitu ingin Ayu tegaskan bahawa kahwin muda bukanlah suatu yang mudah. Ia bukanlah perkara yang boleh di fikir secara sambil lewa. Baru-baru ini sahabat seperjuangan Ayu di kolej telah menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin dengan teman lelakinya pada usia yang masih muda ini. Ayu dan rakan-rakan agak terkejut dan cuba memberikan pendapat. Terdapat pelbagai pendapat mengenai kahwin muda berikutan isu ini agak panas diperkatakan sekarang. Di sini saya sertakan pandangan kahwin muda dari sudut pandangan Islam.
Bila sebut kahwin, semua mahu kahwin. Tiada yang terindah selain perkahwinan. Kenapa? Bila kahwin dengan cara halal, lelaki dan wanita memang sah halal untuk bersama terutama yang ingin dibelai dengan perasaan cinta dan kasih sayang dan ada yang inginkan perhubungan itu kekal sepanjang hayat. Ada juga yang ingin menjauhkan diri daripada maksiat atau jauhkan diri daripada terkandas dalam jurang penzinaan, ada yang yang ikut sunnah dan ingin berjuang atas dasar Islam. Ada juga kahwin paksa dan paling teruk, kahwin selepas berzina. Tapi kahwin itu satu perkara yang sememangnya digalakkan oleh para Nabi kita.
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.
Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. 

Firman Allah,
"Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan".
(Surah An-Nur : 32) 
Dalil pensyariatan dari Sunnah, Rasulullah bersabda
"Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya"
(H.R.Bukhari & Muslim)
Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya kepada 4 jenis hukum iaitu wajib, sunat, haram dan makruh.
Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.
Huraiannya adalah seperti berikut :-

Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.
~Alhamdulillah..kawan Ayu akhirnya berpaling dari keputusan untuk berkahwin semasa belajar. Kahwin indah tetapi tanggungjawab yang berat~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan