Isnin, 16 Disember 2013

Hati Mu Bukan Buatku Tapi Dia, Sahabatku Sendiri

Assalamua'laikum and good day everyone!!
Today we meet again. Speaking London pulak aku kali ini. Hahahaha. Sekali sekala apa salahnya kan tapi kalau dua kali dua kala apa cer pulak. Hehehe. Tajuk entry aku kali ini bunyinya agak pelikkan tapi itu adalah kisah benar dan ianya memang etrjadi kepada aku. Hari ini aku ingin berkongsi dengan semua tentang apa yang terjadi. Sadis memang sadis. Berhari-hari aku menangis dalam tidur. Huhuhu. Tanpa membuang masa mengarut lebih baik aku mulakan cerita sedih aku ini. Macam ini ceritanya......Cerita aku bermula dari sebuah perkenalan dengan seorang jejaka di Wechat. Aku namakan dia sebagai M.S.A. Kali pertama aku keluar dengan dia adalah atas alasan ingin meminjam external hard disk dia kerana aku nak copy cerita KL Gangster 2. Oooopss!! peminat cerita cetak rompak pulak aku. Kantoi sudah. Hahahaha. Dia berusia 22 tahun dan baru 4 bulan memulakan kejaya dalam unit AIO di Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu sewaktu itu. Pada pertemuan pertama kami M.S.A terlupa untuk membawa external hard disk dia kerana tertinggal di IPD katanya. Karakter dia yang kelakar seringkali mencuit hati aku namun begitu aku hanya menganggap dia sebagai seorang abang dan rakan baikku. Entah mengapa dari hari ke hari aku semakin menyenangi kehadiran dia dalam hidup aku. Dia membuatkan aku terlupa sebentar kepada luka yang ditoreh oleh bekas teman lelakiku. M.S.A kerap kali mengajak aku keluar untuk menemani dia makan. Sehingga sekarang aku masih ingat kedai kegemaran dia and dia suka makan sate. Saat aku mengetahui bahawa dia sudah single hati aku disapa berbagai perasaan. Entah mengapa dia semakin menjauh dari aku. Persahabatan kami semakin rapuh. Setelah aku baca komen-komen dia di moment Wechat sahabat aku barulah aku sedar bahawa hatinya bukan buatku. Mungkin aku hanya peneman dan pendengar luahan hatinya tatkala dia kesunyian dan mungkin juga aku hanya seorang adik baginya. M.S.A saya nak awak tahu bahawa saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak besama dia yang merupakan sahabat baik saya sendiri sebagaimana awak pernah mendoakan kebahagiaan saya dengan Adzhan. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya dan menjadi seorang rakan yang baik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan