Sifat wanita mengikut tajul muluk. Ayu ada terbaca mengenai ini di facebook and then teringat nak berkongsi dengan semua. Sama-sama lah kita baca okeyhh. Mana yang baik jadikan tauladan mana yang tak baik jadikan sempadan okeyhh. For girls only okeyhh.:) Enjoy read it.
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengikut hari kelahiran mereka.
ISNIN Wanita
ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati,
tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman
lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan,
cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun
jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam
pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah
bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan
pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA Tabiat
wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan
suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila
tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras
dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta
pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja
tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia
juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai
berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka
dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU Suka
berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih
jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai
mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari
dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka
diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang
pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2
tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia
pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama
dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik
ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS Dia
suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan
bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika
bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun
sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka
menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya
dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia
pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk
pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya
tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT Wanita
yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri,
suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara
yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak
suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan
tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma
kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan,
penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU Kuat
cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam
lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak
hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai
cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan
suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin,
tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan
dilakukan dengan kelembutan.
AHAD Wanita
yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2
diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan
dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya
dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang
mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa
saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan
bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan
seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan