Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah
mempunyai “kekasih” dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan
rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan
bakal ibu & bapa mertua.
Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat
mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali
yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. “first impression is
important”, eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting
inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di
sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali
pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri
anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka
akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik
sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.
Tips #1 : Masa
Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan
bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan “bersempena” seperti
pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana,
tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.
Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada
hari-hari biasa… lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak
dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan
menjadi sedikit janggal.
Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara
tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah
suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni,
iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia
dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun
“surpriseee”.
Silap hari bulan… anda yang akan “surprise”.
Tips #2 : Pakaian
Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang
mempunyai gambar “tengkorak berdarah”… kemudian.. datang pula dengan
segerombolan rakan-rakan “mat motor” anda.. fuh.. silap-silap kena
reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan
pendek beserta dengan seluar slack.
Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan
agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.
Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun
baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression
itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa
anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan
sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit
hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.
Tips #3 : Topik perbincangan
Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu
dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai “topik perbualan”,
maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan
orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah
seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda
hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan
yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak
dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya
ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama..
jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu
pertemuan itu nanti.
Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya
tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda
adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin
dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang
kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah
perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing?
Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling
mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.
Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan
berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda
itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil
tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli
pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau
apa-apa sahaja isu yang berkaitan.
Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut..
tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba
sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah
boleh “mahsyuuukkk” orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua
anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu
apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum..
seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan
murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa
sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau
apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan
bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua
anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan
menunjukkan kehebatan anda berpidato… bak orang kata.. “angguk”kan
sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.
Tips #4 : Rajin-rajinkan diri
Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan
duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah
bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda
boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh
pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya
dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal
mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti
ke”kampung”an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan..
:). Tak percaya? Anda boleh cuba…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan